Monday 1 January 2018

Episod 1 aktiviti tanpa gadget izz

Hai, assalamualaikum 😍
Eema nak berkongsi sedikit aktiviti yang Eema jalankn bersama anak Eema, Izz Hafizul Furqan Bin Khairudin.

Jom lihat...
Episod 1: aktiviti lekat dan tampal

Boleh lihat di facebook Eema. Link di bawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1983637351663123&id=100000506315887

Izz sedang melekatkan sticker



Keperluan bahan:
Kertas lukisan
Marker pen
Sticker
Double sided tape

Kaedah pelaksanaan
Lukis gambar (apa-apa sahaja). Lepas tu lekatkan sticker pada gambar yang dilukis tadi. Double sided tape tu Eema guna untuk tampal lukisan dekat dinding. Jadi izz buat aktiviti sambil berdiri.

Ada la pergerakan sikit kan. Kurang sikit boring dia tu.

Selamat mencuba 😍

Selamat Datang 2018 πŸŽ‰πŸŽŠ

Alhamdulillah, diberi nikmat umur. 2018 disambut dengan azam dan semangat baharu. Semoga lebih cemerlang dengan kejayaan, kebahagiaan, kasih sayang, rezeki yang berkat dan umur yang panjang bermanfaat untuk agama, masyarakat dan negara.




Jadi, dah merancang belum apa yang nak dicapai dan kaedah pelaksanaannya untuk tahun baru ni? Kalau yang belum rancang dan belum ada azam, jom bina azam sekarang!

Kalau tidak bertindak, sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal! Na'uzubillahiminzalik.

Semoga dipermudahkan setiap urusan kita yang membawa manfaat untuk peribadi, keluarga, agama dan negara.

Eema,
Founder MjPower 🎯

Thursday 14 December 2017

My Mary Jardin Story 2017

Alhamdulillah, sebelum tahun 2017 melabuhkan tirai, leader Eema dalam group besar kami iaitu MjBelle, Kak Ddy telah menyusun perkongsian khas pengalaman-pengalaman agent yang telah berjaya membuat sale 4 angka dan ke atas dan tersenarai dalam MJSuperstars!

Perkongsian khas untuk agent di bawah group MjBelle sahaja ini dilaksanakan selama 6 episod oleh 6 orang speaker yang mempunyai latar belakang pengalaman dan kerjaya yang berbeza. Eema sangat tertarik untuk mengetahui bagaimana mereka boleh melakukan perniagaan ini dengan jayanya dalam masa yang sama memegang beberapa tugas lain seperti kerjaya hakiki, isteri, ibu dan juga anak kepada ibu bapa.

Anda nak tahu tak? Lebih menarik apabila kemuncak aktiviti ini adalah satu perkongsian terbuka untuk sesiapa sahaja yang disampaikan oleh Dr. Hanun yang merupakan seorang anak, isteri, ibu dan bekerja sebagai seorang doktor. Eema akan bercerita satu persatu. Sebelum itu, inilah jadual perkongsian yang diberikan oleh Kak Ddy.

"Mary Jardin Intro (MJI) #MJBelle
9:15 pm
Venue: Private Telegram Group 

3 Dec - Mun
5 Dec - Kak Ain
7 Dec - Syafi
9 Dec - Kak Yani
11 Dec - Fifi
13 Dec - Eezza
15 Dec - Public Sharing by Hanun


3 December 2017 ( Part 1)


Speaker pertama bernama Siti Munirah Rahmat dan lebih mesra dipanggil Cik Mun. Antara kejayaan beliau adalah seperti di bawah:

1) Personal sales 4 angka setiap bulan sejak join Mary Jardin
2) Top 100 MJ Superstars setiap bulan
3) Membuat perniagaan Mary Jardin secara part time dan bekerja sebagai seorang pensyarah
4) 8 bulan MJ sales semua dari personal facebook

Antara perkongsian Cik Mun adalah bagaimana beliau uprank ke level kedua iaitu sprout daripada level pertama iaitu seed. Dalam masa yang sama, beliau langsung tiada pengalaman berniaga sebelum memilih menjadi dropship (seed) Mary Jardin.

"Sprouts ni dalam Mary Jardin dikira macam stokis. Nak uprank stokis dalam Mary Jardin mudah sangat. Tak perlu modal pun dah boleh uprank lepas tu korang akan dapat second income aka bonus dari Mary Jardin😘" - Cik Mun


Bagaimana caranya?
Jawapannya, buat je apa yang leader suruh, ikut apa yang kawan-kawan buat tanpa sebarang ALASAN! Lebih mengejutkan Eema adalah apabila melihat jualan bulan pertama Cik Mun adalah berjumlah RM3445 dan berjaya mengekalkan jualan 4 angka sampai sekarang hanya di personal facebook!

"Niat hati bukan bak menjual sebab tak reti tapi Cik Mun ikut je cakap leader buat apa, next buat apa. Terus first day close basic set. Lepas tu berguni guni basic set dah terjual alhamdulillah😊😘 " - Cik Mun 

Sememangnya bulan pertama kebanyakan pelanggan beliau adalah dalam kalangan rakan-rakan sendiri dalam facebook. Namun seterusnya, beliau belajar mencari targeted customer dekat facebook dan mula aktif add mereka sebagai freind fb. Alhamdulillah bulan kedua sales beliau 3k juga. Kagum betul Eema. Kene follow Cik Mun rapat-rapat ni. Korang pun jomlah!

Untuk KEKALKAN MOMENTUM dalam perniagaan, kita perlu mempunyai BIG WHY yang kukuh. Bila ingat je, mengalir air mata. Big Why itulah akan menggerakkan kita untuk bertindak dan bergelar juara.

Seterusnya, bila dikatakan berniaga di personal facebook, maka fb kita merupakan kedai kita. Apa yang perlu di buat adalah buka kedai kita tu, baru ada customers datang. Caranya adalah dengan menulis status-status sekurang-kurangnya 4 post sehari. Paling bagus adalah 6 post sehari. Untuk menulis ini pun ada seninya. Hard selling vs soft selling.

Panjang tau perkara ini kalau nak dihuraikan. Eema nasihatkan korang join dulu Mary Jardin Agent dan kalian akan belajar sendiri. Boleh beritahu Eema jika mahu join ye. Kenapa Eema cakap begitu? Sebabnya, ilmu yang dipelajari dalam Mary Jardin sangat eksklusif dan berharga untuk insan-insan terpilih yang bergelar agent.

Tips tambahan, semua perkara hatta sekecil-kecil kejayaan kita pun, pastikan kita post dekat facebook. Berceritalah dengan gaya yang santai supaya dapat menarik perhatian targeted customers kita.

Sebenarnya juga, dalam Mary Jardin, semua agent yang join diberi 10 FB Marketing tips & tricks by Dr Maryam πŸ‘. Jika dilaksanakan penuh komited, hasilnya lahirlah Cik Mun yang lain ramai-ramai. Faham tak maksud Eema?
" Lagi satu amalan menjemput rezeki macam biasa doa selalu. Connection dengan yang satu. Dia maha kaya pemberi rezeki no satu, Dhuha usahakan, Istighfar selalu pembuka kunci rezeki😊😘, rajin-rajin support bisnes kawan kawan lain dengan ikhlas sedekah like dan comment dengan ikhlas dan niatkan semoga status dia naik prospek dia nampak, dia dapat sales, kita dapat pahala insyaAllah😊😘" - Cik Mun

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Mun dan Eema doakan semua yang membaca entry ini beroleh manfaat. Kita teruskan dengan part 2...

5 Disember 2017 ( Part 2) 


Seterusnya, speaker kedua yang berkongsi My Mary Jardin Story adalah Kak Ain. Ibu kepada 3 orang cahaya mata (2 lelaki dan 1 perempuan) dan bekerja sebagai pegawai dalam bahagian komunikasi korporat. Husband pula kerja o&g, sometime dekat Kerteh, Miri, Jakarta. Jadi Kak Ain lebih kurang macam Eema juga la, PJJ. Sedih tau PJJ ni. Semua benda kita kene buat sendiri...

"Ujian tu lah yang membuatkan kita lagi geram, lagi bengang dengan kehidupan kita untuk beri yang terbaik untuk family kita. Masa kak ain pergi course Broku haritu sebagai reward 50 MJSuperstar, dia cakap kerjaya kita bukan kerjaya kita yang day job ni, tapi kerjaya sebenar kita adalah menjadi seorang ibu, seorang bapa. Mana yang tak kawin tu, kerjaya sebenar adalah sebagai anak" - Kak Ain

Bila Eema baca part ni, tersentuh juga la Eema, tambahan pula Eema juga PJJ dengan husband. Kami PJJ Sabah-Selangor. Eema dan anakanda, Izz di Sabah manakala husband Eema di Hulu Selangor. Eh, tetiba termasuk cerita Eema pula. Okey, kita teruskan dengan perkongsian Kak Ain ye.
"Dapat duit gaji... bagi makan kat anak, bagi duit gaji kat mak, bayar sekolah anak anak. Bagi yang  terbaik terhadap semua tanggungan kita...
Tazkirah sikit ya. Its not fb ads, or page yang mengkayakan kita. Yang mengkayakan kita adalah mengajar anak kita baca alquran. Sebab anak kita lah yang akan doakan kita lepas kita mati nanti. Sebab tu lah, Kak ain nak buat MJ betul-betul, dah ada set target 2 years from now dah, nak bagi yang terbaik untuk anak anak dan family. So itu adalah sedikit pengalaman onak.dan ranjau dalam kehidupan dan at the same time buat MJ ni. We are the best motivator". - Kak Ain
Cerita Kak Ain ni adalah merujuk kepada Big Why beliau. seperti yang Eema jelaskan di atas, bila kita buat sesuatu, pastikan kita ada big why yang jelas, kukuh dan tidak mudah goyah. itulah yang akan menggerakkan kita.

Seterusnya, Kak Ain berkongsi satu tips penting dalam berniaga dalam talian. Tips tersebut adalah kreadibiliti. Inilah yang akan membezakan kita dengan 5000 agent yang lain. Cipta kreadibiliti sehingga customer memilih untuk membeli dengan kita walaupun ramai kawan dia yang jual produk yang sama.

So, jom kita jadi UNIK dan disukai customer. Part 2 berakhir di sini dan Eema teruskan catatan Part ke3. teruskan membaca untuk mendapat info dan ilmu emas ini.


7 Disember 2017 ( Part 3)

Part ketiga pula dikupas oleh Puan Syafiqah Samsudin, atau dikenali sebagai Syafi yang merupakan seorang QA Engineer di sebuah kilang swasta. Mula join MJ lepas cuti berpantang pada bulan Mei 2017. Syafi berkongsi 2 point utama dan Eema huraikan di bawah.
"Sbb syafi tahu, ada org awal masuk struggle sgt nk dpt sales. Kadang langsung takde. Sampai masa akan ada. Ingat cabaran utk maintain sale adalah lagi hebat dari nak dpt sales.
Ok 1st point yg palinggggg penting, yg palinggg semua leader tegaskan
A CLEAR BIG WHY" - Syafi

Seterusnya...
 "Syafi set satu je. Minimum 4 posting. Paling susahhh pun ckup la 4 post. Selalu syafi dpt aduan susah dpt idea sebagai alasan utk tenggelam timbul. Betul ke? Wonderbelles sekalian, tahu kah anda ada konsep TIRUVASI di dunia ini? Siapa tak tahu cara boleh cari leader masing2 lepas ni ok hehe. Sbb syafi nak explain nnt mahu 3 jam pula sharing ni nanti hehe. Kenapa consistent posting ni penting? Sebab:
1. Supaya terbina credibility
2. Supaya terbina trust terhadap kita
3. Fb kita akan aktif. Engagement akan tinggi
Cuba awak tu nak beli nasi kat kantin tapi kantin asek tutup. Kejap buka kejap tutup. Apa yg korang rasa?" - Syafi
Untuk point ni Eema harap kalian yang membacanya faham juga seperti apa yang Eema faham. penegasan yang sama seperti sebelum ini iaitu tentang tips berniaga di personal facebook. Bagaimana dan kenapa perlu post banyak kali sehari.


9 Disember 2017 ( Part 4 )


Jom kita teruskan perkongsian Part ke 4 yang dikongsikan oleh seorang suri rumah yang berjaya mempunyai pendapatan sendiri iatu Kak Yani. Sedikit latar belakang Kak yani adalah seperti berikut.

Nama  NOR RAHAYANI BT ABDUL RAHMAN. Berkahwin, ibu kepada seorang anak berusia 1tahun 5bulan. Berpendidikan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya, KL. Pekerjaan terakhir sebagai pegawai bahagian eksport di Ain Medicare Sdn Bhd. Pernah biz travel hingga ke Dubai, UAE. Kini seorang surirumah sepenuh masa selama hampir 3 tahun. Join Mary Jardin pada Apr 2017.

Eema teruskan dengan perkongsian Kak Yani. MJ bukan business pertama beliau.
" MJ ni bukan lubuk pertama yang Yanie join sebagai dropship, pernah join dropship jual botol susu, pampers tapi semua takde hasil. Tak sampai sebulan pun. Ilmu masa tu, takde langsung, bimbingan pun tak diberi. Yanie cuma diberi gambar dan harga dropship. Dan agen tu bagitau, jual la berapa harga yang you nak jual. Maksudnya? Akan ada permainan harga kat situ. Yang mana, di Mary Jardin, kita sangat ditegah dengan permainan harga. Tahu kan apa tu permainan harga? Permainan harga ni, ada yang menguntungkan dan ada yang merugikan. Menguntungkan bagi yang dah punyai nama dan pengaruh yang besar. Bagi dropshipper baru, mostly takde nama lagi, jualan almost krik krik. Even kita letak harga yang rendah, orang akan ingat kita ni scammer. Contoh permainan harga macam ni, agen tetapkan harga dropship (ds) rm8, ikutla nak jual brp. Ds yang dah establish, akan jual rm8. Kita lak, yang baru ni, nak dapat customer payah kan, mesti nak untung sikit, so, kita jual rm9, dapat rm1 untung" - Kak Yani
Apa yang Eema nak highlight melalui perkongsian Kak Yani adalah tentang sistem dropship MJ yang teratur sama ada dari sudut harga mahupun bimbingan kepada agent. Dalam perkataan lain, sebagai seorsng dropship MJ, agent boleh  membina kerjaya dan terus berkembang maju.

Rumusan perkongsian Kak Yani adalah jika nak berjaya, kene ada 2 benda:
1. Marketing
2. Build empire

Seterusnya Eema kongsi pula part 5.

11 Disember 2017 (Part 5)


Kali ini speaker My Mary Jardin story adalah seorang remisier ( jual beli saham). Kira pasal saham-saham ni bidang Farah la. Jadi beliau merupakan ibu bekerjaya di samping berniaga di fb. Berminat join MJ apabila lihat banyak post iklan MJ dan kelas-kelas Dr Maryam di fb.

Farah merupakan anak sulung bagi leader beliau. Selepas itu group kepada leader beliau berkembang. Namun, tiba-tiba... seorang demi seorang hilang dari radar termasuklah leader sendiri. Sedihnya....

Namun, beliau tidak mudah putus asa. Bermulalah pencarian ilmu untuk bangkit dan ingin buktikan beliau boleh walaupun kurang bimbingan. Lagipun, beliau berpegang bahawa dalam MJ ramai leader yang boleh membantu termasuklah Kak Ddy sendiri. Awalnya Farah join Blossombelle 1.0 iaitu training yang Kak Ddy buat. Hehe, sebenarnya Eema pun join tau BB 1.0 ni namun terkeluar sebab gagal task live video.

Eema tak pernah buat live video, so segan la. Tambahan pula kurang mendapat kelulusan daripada husband. Tapi akhir sekali husband Eema izin juga, namun tiba-tiba anakanda Eema, Izz masuk wad dan Eema kurang masa. Maklumlah Eema kan PJJ. Itulah selitan kisah Eema. Tapi... sekarang Eema join BB 3.0 dan sangat best. Eema nak cakap, kalau ada buka lagi BB 4.0, jomlah kita cabar diri join sama-sama menuntut ilmu emas secara percuma daripada leader kita.

Berbalik kepada perkongsian Farah, secara ringkasnya Farah kongsi beberapa perkara ini iaitu:
1. Niat
2. SPEED
3. Konsisten
4. Doa

Sekian perkongsian part 5. Seterusnya, part 6 yang merupakan finale part My Mary Jardin story MjBelle group 2017.

13 Disember 2017 ( Part 6)


Sebelum Eema mula perkongsian part 6 atau part akhir ni, Eema nak ajak kalian tepuk tangan penghargaan buat diri sendiri dahulu sebab berjaya baca sampai sini. Tahniah, sebab anda komited menuntut ilmu. Teruskan kejayaan anda.

Eh, macam Eema pula speaker. Hehe. Speaker kali ni ada Eezza. Background Eezza seperti berikut:
Nama penuh NURUL EZZA ASYIKIN BINTI MOHAMED ALMI. Panggilan mesra ezza. Nama high energy eezza.Sudah berkahwin dan dikurniakan seorang princess berusia 9 bulan ni. Alhamdulillah. Memegang ijazah computer sains major software engineer dari Universiti Sains Malaysia, Penang. Perkerjaan terakhir ialah software engineer di Intel Microelectronis Sdn Bhd, Penang. Pernah dihantar biz trip ke German dua kali. Kini memegang jawatan domestic engineer  a.k.a suri ummah sepenuh masa hampir setahun. Start join Mary Jardin bulan July 2017. Berumur 28 tahun.

Eezza resign kerja hakiki beliau setelah berbadan dua ekoran mabuk yang teramat teruk. 
"Allah beri eezza rasa pengalaman mabuk yang teruk. Eezza mabuk for 9 months 32 days.😁 Tak boleh bau makan nasi, tak boleh bau menggoreng, bau bawang, muntah memang hari hari. Yang boleh makan buah je memula". - Eezza

Bila resign, terfikir pula tentang hutang kereta dan PTPTN dan itulah pencetus join beberapa dropship lain dan akhirnya bertemu dengan MJ dan merasai perbezaan berniaga dengan bimbingan dan tanpa bimbingan. Alhamdulillah.

Pelbagai pengalaman dan ilmu dikutip demi memajukan perniagaan beliau. Eezza berkongsi satu tips bijak bagaimana dapat post secara konsisten dekat fb. kalian nak tahu tak? hehe... jeng jeng jeng... Caranya adalah dengan set alarm waktu puncak yang kita nak post tu. Selamat mencuba.

Sekian sahaja 6 parts My Mary Jardin Story MjBelle Group. Semoga bermanfaat. namun, Eema nak ingatkan kalian bahawa ada 1 part yang dinamakan part kemuncak iaitu public sharing daripada Dr. Hanun.


Part ini akan berlangsung esok dan terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk kalian yang membaca entry ini. Jika berminat untuk belajar, sila beritahu Eema supaya Eema dapat add kalian dalam telegram group tersebut.

Eema kongsi catatan speaker untuk sharing 15 Disember ni. Terbuka kepada sesiapa yang berminat. Nak join just pm Eema okey.


" BERNIAGA SAMBIL BEKERJA??? TAK SUSAH!😊
Oh and hi. I am a DOCTOR πŸ˜Š

Mula berminat untuk berbisnes memang dah lama. Tapi Hanun mula serius dan nampak masa depan bila mula join #MaryJardin.

Masa tu tengah sarat mengandungkan anak sulung, Ibraheem. Dan berpantang anak sulung pun masih aktif berbisnes, alhamdulillah dapat capai JUALAN KUMPULAN 5 ANGKA walaupun baru bergelar ibu baru. First timer mother.

Mana nak buat iklan, mana nak jawab PM customer, mana nak buat kelas, mana nak berpantang, menyusukan anak (stress sebab stok susu sangat secoet je), suami oncall.. But alhamdulillah I SURVIVED!

Dan Hanun pernah buat JUALAN KUMPULAN 6 ANGKA! Oh what a victory! Alhamdulillah.
Nak tahu cara untuk uruskan bisnes dan mengekalkan prestasi kerja hakiki? Dalam masa yang sama jadi seorang surirumah dan ibu?
Saya ada jawapannya.
Tapi anda betul-betul serius nak tahu?

Dr Hanun
Leader #AIME
TOP 5 MJSUPERSTARS! "



Sila share entry ini supaya lebih ramai yang mendapt manfaat. Akhir kalam dari Eema, ayuh kita kukuhkan Big Why kita dan mulakan tindakan sekarang. Jika ada yang berminat menjadi keluarga Mary Jardin, boleh inform Eema. Kita meroket bersama.

Terima kasih




My Mary Jardin Story

Untuk bulan Disember 2017, Nourricier Ddy iaitu leader group Eema (MjBelle) telah menyusun beberapa orang agent kumpulan kami yang telah berjaya membuat sale meletup kebabom iaitu personal sale 4 angka untuk beberapa bulan. Selain itu, mereka juga tersenarai dalam MJSuperstars!

Lebih hebat, dalam sudut kerjaya, kesemua speaker ini mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza. Namun, bagaimana mereka boleh seimbangkan kerjaya hakiki dengan berniaga Mary Jardin? Dalam masa yang sama menggalas amanah sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu. Masha Allah. Kagum Eema membaca perkongsian mereka.

My Mary Jardin Story ini mempunyai 6 part. Terbuka khas untuk ahli kumpulan MjBelle sahaja. Perkongsian pengalaman ini adalah sangat bagus kerana ianya realistik, boleh dicapai kerana apa yang dikongsi merupakan pengalaman sendiri.


Wednesday 13 December 2017

Basic Set

Eema nak cerita sedikit tentang produk pertama Mary Jardin. Tau tak apa produk tu? Hehe...

Jawapan dia Basic Set la!
Inilah tiga beradik cantik dihias riben ungu!
Basic set ini terdiri daripada facial soap, face oil dan detox clay mask. Eema tunjuk gambar satu persatu supaya nampak dengan lebih jelas. Bonusnya, Eema kongsi kelebihan item bersama gambar supaya senang difahami. Hehe





Facial soap dan face oil ni hanya digunakan dua kali sehari. Manakala detox clay mask digunakan sekali seminggu. Boleh lihat gambar di bawah tentang cara penggunaannya


Mudah kan, cara penggunaan skincare ni πŸ‘




Tuesday 12 December 2017

Jom melangkah !

Tahu tak, untuk sampai ke destinasi yang memerlukan jutaan langkah mahupun satu langkah, kita akan bermula dengan langkah pertama?

Jadi, lngkah pertama merupakan suatu usaha yang dilakukan penuh komitmen, kesungguhan dan motivasi. Jika tanpa langkah pertama, tiadalah langkah kedua dan seterusnya.

Jom memilih jalan yang positif untuk mulakan langkah pertama πŸ˜€

Cepat atau lambat perjalanan kita pula ditentukan oleh beberapa faktor seperti kelajuan langkah, pengetahuan tentang jalan menuju destinasi dan yang paling penting adalah motivasi kita.

Untuk mencapai kejayaan, paling utama kita perlu faham kenapa kita mahu capai dan target yang jelas bila kita mahu capainya. Dalam perkataan lain adalah 'big why' kita.

Eema akan jelaskan lagi tentang 'big why' dalam entry seterusnya. In sha Allah. 
Terima kasih 

Episod 1 aktiviti tanpa gadget izz

Hai, assalamualaikum 😍 Eema nak berkongsi sedikit aktiviti yang Eema jalankn bersama anak Eema, Izz Hafizul Furqan Bin Khairudin. Jom li...